About Me

My photo
Assalamualaikum semua wanita kesayangan saya, salam perkenalan mesti ramai yang nak tahu pengalaman mak bidan dalam bidang urutan dan penjagaan ibu bersalin kan?pengalaman pertama menjaga ibu berpantang adalah pada usia belasan tahun, sangat muda di waktu itu namun telah diberi kepercayaan oleh nenek dan keluarga saya setelah menimba ilmu perbidanan dari nenek sejak berusia 10 tahun, setelah mahir dalam urutan dan penjagaan bayi serta herba mandian ibu dan lain2 saya diberi tugasan pertama pada usia 13 tahun.. berbanding kanak-kanak lain yang meniti zaman kanak-kanak dan remaja dengan dunia mereka, namun saya telah melangkaui zaman kanak-kanak dengan mendalami ilmu urutan& petua nenek moyang,pokok pokok herba tradisonal dll.,turut mempelajari ilmu urutan tradisional dan urat saraf dari bapa sendiri yang merupakan seorang tukang urut & pengamal perubatan islam dan saudagar minyak urut suatu ketika dulu.. pengalaman saya kini mencecah hampir 20 tahun. dari pengalaman dan ilmu yang ditimba selain ilmu kurniaan Allah swt. menjadikan mak bidan kini semakin dikenali. Alhamdulillah. sesiapa yang ingin menghubungi mak bidan boleh hubungi 011-12372712.

DOA DOA PILIHAN

Bacaan Asas Untuk Melebutkan Hati.

1. Surah Al-Fatihah - 1x. (Wajib baca).
2. Ayatul Kursi - 1x. (Wajib Baca).

3. Lauanzalna (Surah Hasyur Ayat 21-24) - 1x. (Wajib Baca) - Supaya Hatinya Lembut.
4. Surah Taha Ayat 1-5 - 1x. (Wajib Baca) - Untuk Melembutkan Hati.
5. Surah Fushilat Ayat 29 - 1x. (Pilihan) - Supaya Akur atau Tunduk Cakap Kita.
6. Surah Ali Imran ayat 200 - (Pilihan) - Dibaca 3 kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Jika pasangan anda ada niat nak kahwin lagi, InsyaAllah niat tersebut akan lenyap dari hati sanubarinya. dan terus setia dengan anda 
7. Surah Al-Baqarah Ayat 165 - (Pilihan) - Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Mertua/Sahabat menjadi Penyayang. Dihembuskan dikening orang yang kita sayangi itu.
iN SHAA ALLAH..SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MEMEGANG JIWA TIAP INSAN ITU. KEMBALILAH KEPADANYA, MOHONLAH PADANYA AGAR KITA DAPAT BERKASIH SAYANG DALAM RAHMATNYA

No comments:

Post a Comment