About Me

My photo
Assalamualaikum semua wanita kesayangan saya, salam perkenalan mesti ramai yang nak tahu pengalaman mak bidan dalam bidang urutan dan penjagaan ibu bersalin kan?pengalaman pertama menjaga ibu berpantang adalah pada usia belasan tahun, sangat muda di waktu itu namun telah diberi kepercayaan oleh nenek dan keluarga saya setelah menimba ilmu perbidanan dari nenek sejak berusia 10 tahun, setelah mahir dalam urutan dan penjagaan bayi serta herba mandian ibu dan lain2 saya diberi tugasan pertama pada usia 13 tahun.. berbanding kanak-kanak lain yang meniti zaman kanak-kanak dan remaja dengan dunia mereka, namun saya telah melangkaui zaman kanak-kanak dengan mendalami ilmu urutan& petua nenek moyang,pokok pokok herba tradisonal dll.,turut mempelajari ilmu urutan tradisional dan urat saraf dari bapa sendiri yang merupakan seorang tukang urut & pengamal perubatan islam dan saudagar minyak urut suatu ketika dulu.. pengalaman saya kini mencecah hampir 20 tahun. dari pengalaman dan ilmu yang ditimba selain ilmu kurniaan Allah swt. menjadikan mak bidan kini semakin dikenali. Alhamdulillah. sesiapa yang ingin menghubungi mak bidan boleh hubungi 011-12372712.

KOLEKSI PETUA TRADISIONAL

PETUA MENGUBATI SENGGUGUT

masalah senggugut sering dihadapi oleh remaja wanita , namun masih ada juga kalangan wanita berkahwin dan sudah mempunyai anak mengalami senggugut walaupun ia tidak sepatutnya berlaku pada kalangan wanita yang telah berumah tangga. masalah ini akan membuatkan wanita hilang mood untuk melakukan pelbagai perkara.

Untuk mengurangkan rasa sakit anda boleh mencuba petua ini.

caranya:

Ambil satu sudu makan kopi campurkan dengan air yang mendidih . Jangan di tambah gula dan biarkan sebentar, ketika suam minum air kopi itu, insyaAllah sakit senggugut akan hilang. 

Untuk rawatan terapi senggugut boleh hubungi mak bidan untuk temujanji 011-12372712.


MENGHILANGKAN URAT DIKAKI

bagaimana nak hilangkan urat dikaki selepas bersalin?

Bagi ibu mengandung sering mengalami urat hijau timbul dikaki, masalah ini akan berlarutan sehingga melahirkan anak.

untuk menghilangkan urat yang timbul , hendaklah tidur dengan menaikkan kaki lebih tinggi dari kepala.

atau CARA YANG SANGAT BERKESAN DAN MELEGAKAN

boleh ambil sebesen air suam suam kuku, rendam kaki anda selama 10 -15 minit. Lakukan setiap hari. @ Rendam kaki dengan HERBAL FOOT SALT .

selain itu , boleh mengurut betis dan kaki perlahan- lahan selepas rendaman. anda akan berasa sangat lega dan kaki menjadi lebih ringan.

selamat mencuba!
Qamar Mak Bidan Tukang Urut
Perunding Penjagaan Ibu Berpantang Tradisional.





No comments:

Post a Comment